A. Untuk menjadi pengedar/pemborong/ reseller Humaira Design®, anda hanya perlu email kepada kami (hdbp@humairadesign.com) dan nyatakan tujuan anda untuk menjadi sebahagian dari pengedar /pemborong/ reseller kami. InsyaAllah, team kami akan reply email anda dengan secepat mungkin.
Q. Berapakah modal yang diperlukan untuk menjadi pengedar /pemborong/ reseller Humaira Design®?
A. Dengan hanya membeli 5 helai diantara produk kami sudah melayakkan anda menikmati diskaun hebat harga borong. Lagi banyak anda membuat pembelian, lagi tinggi diskaun yang akan anda perolehi.
Q. Bolehkah produk dicampur untuk mencukupkan minima pembelian?
A. Ya.. Boleh!! kecuali bahagian-bahagian tertentu yang dinyatakan "HANYA DIBAHAGIAN INI SAHAJA". Sebagai contoh, anda boleh beli Humaira Najwa Denim berharga RM75 (retail) sehelai dan dicampur dengan Humaira Safa berharga RM26 (retail) sebanyak 4 helai akan membolehkan anda berjimat sebanyak RM30!!
Contoh kira-kira tanpa diskaun harga borong
: Najwa Denim RM75 = 1 helai
Safa RM26 = 4 helai
RM179 = 5 helai
Contoh kira-kira dengan diskaun harga borong
: Najwa Denim RM65 = 1 helai (-RM10)
Safa RM21 = 4 helai (-RM5/pcs)
RM149 = 5 helai
JUMLAH PENJIMATAN: RM30!!
Q. Adakah katalog disediakan?
A. Katalog tidak disediakan kerana faktor design kerap bertukar dan kehabisan stok. Bagaimanapun anda boleh mempelajari cara mudah untuk membuat katalog sendiri di http://www.tshirtmuslimah.com/katalog.html.
Q. Bolehkah saya membuat pembelian di kedua-dua cawangan Humaira Design®?
A. Anda juga boleh memilih dan membuat pembelian di website kami yang diuruskan oleh team HD bandar Perda, Penang . *kos postage adalah berbeza jika pembelian melibatkan stok dari kedua-dua cawangan. cth: 3 helai dari Tg. Malim & 2 helai dari Perda = 5 helai (kecuali kod CLP) maka anda layak mendapat potongan harga borong, tetapi kos pos akan dikira dua kali (dari bandar perda dan dari tg malim) memandangkan di poskan dari tempat yang berbeza
Q. Bolehkah saya menggunakan gambar-gambar dari website Humaira Design® untuk diletakkan di website/ katalog / FB /Blog saya untuk tujuan promosi?
A. Ya.. Boleh. Tetapi dengan syarat anda adalah pelanggan kami (mempunyai rekod pembelian dengan kami), email mohon kebenaran secara bertulis kepada zy.tshirtmuslimah@gmail.com untuk tujuan rekod dan perlu sertakan url website/ blog/ FB yang akan menggunakan gambar-gambar kami.
Q. Bolehkah saya pulangkan baju jika tidak habis jual?
A. Anda boleh membuat pertukaran sekali sahaja dalam masa 2 minggu selepas pembelian berdasarkan pada tarikh di resit yang dikeluarkan. Pemulangan baju jika tidak habis dijual adalah tidak diterima.
Q. Apakah risiko jika saya kerap membatalkan pesanan?
A. Pihak kami akan menyenaraihitamkan pelanggan yang kerap membatalkan pesanan tanpa alasan yang kukuh.
Q. Apakah yang harus saya lakukan jika pesanan tidak sampai dalam tempoh yang dijangkakan?
A. sekiranya berlaku kelewatan penghantaran, ia adalah disebabkan oleh kegagalan pihak syarikat yang diamanahkan (SkyNet atau Pos Malaysia) untuk menghantar pesanan anda pada masa yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu. Pihak kami tidak boleh dipersalahkan atau di pertanggungjawabkan di atas masalah seperti ini dan anda perlu menghubungi terus ke syarikat atau pejabat pos terdekat untuk membuat pertanyaan berdasarkan no rujukan yang pihak kami berikan, atau hubungi pusat khidmat pelanggan syarikat penghantaran tersebut untuk menyuarakan bantahan atau rasa tidak puas hati terhadap mutu perkhidmatan tersebut. Bagaimanapun, pihak kami juga akan turut membantu menghubungi pihak tersebut atas dasar budi bicara. banyak kes berlaku apabila panggilan daripada pihak SkyNet untuk membuat penghantaran kerana tidak jumpa alamat atau tiada penghuni di rumah tidak dijawab, hal ini akan menyebabkan barang tidak dapat disampaikan.

RSS Feed