BENTUK KOLAR BAJU
BENTUK KOLAR BAJU

JOM KENALI BENTUK KOLAR PAKAIAN

Kolar adalah bahagian pakaian, iaitu bentuk bahagian terpisah yang berfungsi untuk menyelesaikan garis leher. 

Antara bentuk kolar ialah :


Sumber : google.com

 

KETERANGAN GAMBAR KOLAR :

  • A - Clerical,  kolar yang  digunting lurus sempit dan diberi lapisan pengeras supaya  dapat  berdiri  dengan  baik.
  • B -  Chinese @ Kolar Clerical, keduanya merupakan kerah tagak, sering kali disebut dengan nama kerah Sanghai atau kolar Cina.
  • C - Turtle neck, adalah kolar dengan bentuk tinggi seperti kolar sweater.
  • C - Kolar Peterpan, merupakan kolar redah berbentuk bulat. dari sejarahnya mula-mula dipakai oleh Peterpan kerah ini sering dipakai untuk model pakaian kanak-kanak.
  • E - Eton, kerah berdiri yang digunakan pada jaket pendek: awal mulanya kerah ini dipakai oleh pelajar-pelajar di Perguruan Eton, Inggris.
  • F - Kolar Kemejabentuk kolar berdiri yang biasa digunakan untuk baju kemeja .
  • G - Notched, kolar berdiri yang sempit, biasa digunakan untuk  blazer.
  • G - Selendang, kolar bentuk setali dengan badan.
  • I - Kolar kelasi,  kolar bahagian belakang bentuknya persegi dan bahagian depan membentuk V ciri khasnya memakai hiasan tiga dan kecil pada bahagian kolar.
  • J - Lapel, disebut juga kelepak iaitu kolar yang setali dengan  bahagian muka atau dada.
  • K - Bib,semacam pas bahu yang agak rendah dengan kolar rebah bulat.
  • K - Bertha, seperti kolar cape lebar menutupi bahu dibuat dari  bahan renda atau bahan lain.
  • M - Cape, pada dasarnya adalah bahagian yang terpisah dari  pakaian, digunting lingkaran atau selengah lingkaran; Cape pendek dijahitkan pada leher gaun disebut kolar cape.
  • N - Scarf, kolar yang dibentuk dari kain persegi panjang atau segitiga yang dililitkan pada leher.
  • O - Surplice, kolar bentuk setali dengan garis penutup melampaui tengah muka.